By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Terima
Ehgajet
  • Gajet
    • iPhone
    • Jam Tangan Pintar
    • Komputer Riba
    • Monitor
    • Telefon Pintar
    • Tablet
  • Jenama
    • Apple
    • Google
    • HONOR
    • Intel
    • Microsoft
    • Samsung
    • Xiaomi
  • Permainan
  • Teknologi
    • Android
    • iOS
    • Media Sosial
    • Kenderaan Elektrik
Membaca Creative Zen Hybrid: Rekabentuk biasa, bunyi luar biasa.
Kongsi
Notifikasi Tunjukkan lagi
Artikel Terkini
vivo V25 dilancarkan secara rasmi di Malaysia
vivo V25 dilancarkan secara rasmi di Malaysia
Telefon Pintar Berita
ZTE Blade A72 5G akan tiba di Malaysia dengan harga RM 849
ZTE Blade A72 5G akan tiba di Malaysia dengan harga RM 849
Telefon Pintar Berita
Razer DeathAdder V3 Pro kini dijual secara rasmi pada harga RM749
Razer DeathAdder V3 Pro kini dijual secara rasmi pada harga RM749
Aksesori Berita Tetikus
vivo Y35 kini dijual di Malaysia dengan harga RM 1,099
vivo Y35 kini dijual di Malaysia dengan harga RM 1,099
Telefon Pintar Berita
Hisense melancarkan siri TV pintar A6100H 4K
Hisense melancarkan siri TV pintar A6100H 4K
TV Pintar Berita
Aa
Ehgajet
Aa
Cari
  • Gajet
    • iPhone
    • Jam Tangan Pintar
    • Komputer Riba
    • Monitor
    • Telefon Pintar
    • Tablet
  • Jenama
    • Apple
    • Google
    • HONOR
    • Intel
    • Microsoft
    • Samsung
    • Xiaomi
  • Permainan
  • Teknologi
    • Android
    • iOS
    • Media Sosial
    • Kenderaan Elektrik
© Ehgajet. Blog Gajet dan Teknologi

Ehgajet | Peranti | Fon Kepala | Creative Zen Hybrid: Rekabentuk biasa, bunyi luar biasa.

Creative Zen Hybrid: Rekabentuk biasa, bunyi luar biasa.

Walaupun terdapat beberapa kekurangan, ia tetap satu pembelian yang berbaloi.

Last updated: 31 Julai 2022
Fon Kepala Ulasan 19 KaliDilihat
Kongsi
14 Min Bacaan
Creative Zen Hybrid: Rekabentuk biasa, bunyi luar biasa.
Kongsi
Review Overview
7.8
Beli di Creative Technology

Pada hari 19hb Julai lepas saya telah dihubungi oleh Eksekutif Pemasaran Creative Technology yang meminta saya untuk menulis tentang produk terbaru mereka iaitu Creative Zen Hybrid. Sebelum saya memberi persetujuan, saya menyemak terlebih dahulu produk dan juga laman web syarikat tersebut. Dalam fikiran saya, mungkin satu lagi syarikat teknologi dari China yang begitu giat menghasilkan produk-produk mampu milik yang berkualiti tinggi.

Isi Kandungan
Spesifikasi Zen HybridReka bentuk Zen HybridKeselesaan Zen HybridPenyambunganAplikasi SXFIKualiti bunyiKualiti mikrofonHayat bateriKesimpulan

Apabila saya melihat logo Creative Technology, ia kelihatan seperti satu logo yang saya amat biasa lihat satu ketika dahulu. Dan apabila membaca lebih lanjut tentang latar belakang syarikat ini, barulah memori saya kembali pada tahun 1990an dahulu di mana “PC Clone” atau komputer peribadi yang dibangunkan sendiri menggunakan komponen-komponen dari syarikat yang berlainan amat popular di kalangan penggemar teknologi termasuk saya. Dan salah satu komponen yang menjadi kemestian ialah kad bunyi Creative Sound Blaster yang membolehkan komputer peribadi yang dibina menghasilkan bunyi yang mengagumkan.

Selepas mengetahui tentang asal usul syarikat Creative Technology ini, saya tidak berfikir panjang untuk terus memberikan persetujuan untuk menulis artikel tentang produk mereka. Ini adalah kerana Creative Technology mempunyai pengalaman selama 40 tahun di dalam penghasilan produk berkaitan audio untuk pengguna komputer dari kad bunyi, pembesar suara tanpa wayar, fon telinga dan juga fon kepala.

Selepas memberikan persetujuan, keesokannya pada 20hb produk tersebut telah dihantar kepada saya dari cawangannya di Shah Alam menggunakan DHL dan hanya mengambil masa 1 hari untuk sampai ke tangan saya. Kekaguman saya terhadap perkhidmatan dari syarikat yang berasal dari Singapura ini terus bertambah dengan kepantasan tempoh penghantaran tersebut.

Setelah menggunakannya beberapa hari, inilah ulasan yang saya dapat katakan terhadap fon kepala Creative Zen Hybrid.

Creative Zen Hybrid: Rekabentuk biasa, bunyi luar biasa.

Apa yang ada di dalam kotak;

  • Fon kepala Zen Hybrid
  • Beg kantung
  • Kabel AUX ke 3.5mm
  • Kabel USB-C ke USB-A (untuk mengecas)
  • Panduan Mula Pantas

Spesifikasi Zen Hybrid

Nama ModelCreative Zen Hybrid
JenisAtas telinga
Dimensi160 x 80 x 205mm
Tindakbalas frekuensi20 – 20,000Hz
MikrofonSemua arah x5
Impedans32 ohms
Saiz diafragma40mm
PenyambunganUSB-C, 3.5mm jack, Bluetooth 5.0
Hayat bateriUpto 27 hours
Bluetooth5.0
Codec BTSBC, AAC, aptX
Profil BTHFP, A2DP, AVRCP
WarnaPutih dan Hitam(kuantiti terhad)
Kabel dibekalkan1 kabel AUX-masuk 3.5mm1 kabel USB-C ke USB-A
Berat271 gram

Reka bentuk Zen Hybrid

Zen Hybrid ialah fon kepala boleh lipat yang sangat kecil. Semuanya berwarna putih, kecuali padnya yang berwarna kelabu dan tulisannya yang berwarna coklat keemasan pada kedua-dua bahagian luar dan dalam fon kepala.

Creative Zen Hybrid: Rekabentuk biasa, bunyi luar biasa.

Rekabentuk Zen Hybrid bagi saya adalah biasa seperti mana rekabentuk fon kepala lain di pasaran. Tidak ada yang menonjol seperti Apple Airpods Pro Max, Senheiser Momentum, fon kepala dari V-Moda dan sebagainya. Mungkin ini yang terbaik kerana mereka menggunakan rekabentuk yang sudah diterima oleh pengguna. Rekabentuk ini digunapakai oleh beratus-ratus model fon kepala dari pelbagai syarikat untuk semua peringkat harga. Sebagai contoh antara fon kepala terbaik dalam pasaran iaitu Sony WH-1000XM4, mempunyai rekabentuk yang hampir sama. Atau untuk model yang lebih murah iaitu Edifier W820NB juga mempunyai rekabentuk yang hampir sama.

Jadi jika anda mencari fon kepala yang mempunyai reka bentuk yang unik dan menonjol, Zen Hybrid bukan untuk anda. Dan semasa ia dikeluarkan, hanya satu warna sahaja ditawarkan iaitu warna putih sama seperti model yang dihantar kepada saya untuk ulasan. Walaupun begitu, untuk kuantiti yang terhad, warna hitam turut ditawarkan sekarang.

Di bahagian luarnya terdapat logo jenama “Creative” serta ciri-ciri yang terdapat pada fon kepala ini. Kemudian terdapat dua mikrofon disusun pada kedua-dua belah fon kepala dalam bentuk grid kecil yang terdiri daripada lubang dengan saiz yang berbeza-beza.

Creative Zen Hybrid: Rekabentuk biasa, bunyi luar biasa.

Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang bahagian dalam fon kepala, kecuali kehadiran huruf L dan R yang disulam pada fabrik untuk menunjukkan yang mana fon telinga kiri dan kanan. Untuk unit yang dihantar kepada saya, saya dapati terdapat sedikit kecacatan di mana untuk sulaman huruf “R” di sebelah kanan, kedudukannya tidak betul-betul ditengah seperti mana huruf “L” yang terdapat di bahagian sebelah kiri.

Creative Zen Hybrid: Rekabentuk biasa, bunyi luar biasa.

Di bahagian tepi fon kepala di sebelah kanan, terdapat beberapa butang untuk mengawal. Yang pertama ialah butang Hidup/Mati, yang bagi saya agak kecil. Ia diapit di antara butang kawalan kelantangan dan bicu 3.5 mm, yang diapit di antara mikrofon dan penunjuk LED. Kemudian terdapat butang ANC yang juga mempunyai lampu penunjuk LED apabila fungsi ANC diaktifkan. Satu-satunya perbezaan antara fon telinga kanan dan kiri ialah kehadiran port USB-C dan mikrofon. Fon kepala ini juga boleh diputar sebanyak 90 darjah.

Creative Zen Hybrid: Rekabentuk biasa, bunyi luar biasa.

Dari segi kualiti binaan, sama seperti semua fon kepala lain yang berharga kurang dari RM1,000, hampir keseluruhan material Zen Hybrid adalah plastik yang tidak menjadikan produk itu sangat menarik. Walau bagaimanapun, bahagian atas ikat kepala mempunyai penutup kulit yang lembut dan selesa.

Fon kepala ini boleh dilaraskan untuk disesuaikan dengan saiz kepala anda dan ia diperkukuhkan dengan keluli. Di samping itu, terdapat penanda ukuran di bahagian kiri dan kanan untuk membolehkan anda melaraskan kedua-dua belah secara simetri dan sempurna.

Creative Zen Hybrid: Rekabentuk biasa, bunyi luar biasa.

Salah satu kelebihan paling ketara bagi Creative Zen Hybrid ialah keupayaannya untuk dilipat dan menjadikannya sangat kecil dan dengan itu mudah dimasukkan dalam beg pelbagai saiz. Turut disertakan ialah beg karung untuk menyimpan fon kepala tersebut tetapi beg tersebut agak nipis dan tidak akan dapat melindungi fon kepala dari sebarang kesan hentakan.

Keselesaan Zen Hybrid

Pertama sekali saya memegang fon kepala ini memang terasa ianya agak berat walaupun kualiti binaan luarannya adalah dari plastik. Saya berpendapat ini adalah kerana saiz baterinya yang agak besar untuk memastikan hayat bateri yang lebih lama. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja saya meletakkan di kepala, tidak terasa langsung beratnya. Padnya sangat baik, lembut dan selesa. Dalam beberapa minit pertama, saya merasakan sedikit tekanan di bahagian atas kepala tetapi kesannya terus hilang selepas itu. Dan itu adalah faktor yang paling penting, keselesaan dari semasa ke semasa. Walau apa pun, satu perkara yang pasti, pengurangan hingar berfungsi dengan sangat baik. Walaupun ketiadaan muzik, bunyi sekeliling sangat berkurangan.

Bahagian dalam cawan fon kepala adalah agak kecil (40 mm) dan bagi mereka yang mempunyai cuping telinga yang besar akan merasa sedikit tekanan pada telinga. Walaubagaimanapun ini membolehkan fon kepala mengoptimumkan pengurangan hingar secara pasif tanpa menghidupkan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) yang merupakan satu kelebihan utama fon kepala ini.

Pad kulit yang lembut adalah sangat selesa, tetapi ia menghasilkan sensasi pemanasan yang ketara semasa sesi mendengar yang lama. Jika anda berada dibilik yang sejuk, ia mungkin tidak begitu ketara tetapi jika anda berada di tempat yang agak panas, anda akan merasakan peluh terperangkap di bahagian dalam pad tersebut.

Penyambungan

Zen Hybrid mempunyai Bluetooth 5.0 terbina dalam. Apabila dihidupkan, fon kepala memasuki mod berpasangan secara automatik dan menyambung ke peranti yang diingati sebelum ini mengambil masa kira-kira 4-5 saat. Dari segi kependaman bunyi, tiada kesan ketinggalan audio semasa menonton video YouTube. Selain itu ia turut mempunyai port bicu 3.5mm yang membolehkan anda menggunakannya secara berwayar apabila fon kepala kehabisan bateri.

Aplikasi SXFI

Aplikasi ini tidak direka untuk mendengar, tetapi ia membenarkan anda menyesuaikan teknologi Super X-Fi. Teknologi Super X-Fi mencipta semula pengalaman sistem berbilang pembesar suara profesional, membolehkan anda mendengar bunyi seperti yang sepatutnya didengari.

Untuk mengkonfigurasinya, saya mengesyorkan agar anda mendapatkan bantuan orang lain kerana aplikasinya mesti mengesan telinga dari kedua-dua belah dan dari hadapan untuk memperibadikan bunyi sebaik mungkin. Anda mula-mula akan digesa untuk membuat akaun dan menyambungkan fon kepala ke telefon pintar anda. Anda kemudiannya akan diberikan tutorial tentang cara mengkonfigurasi teknologi X-Fi.

Creative Zen Hybrid: Rekabentuk biasa, bunyi luar biasa.

Bunyi menjadi lebih mengasyikkan akibat teknologi ini, tetapi akibatnya kualiti agak terjejas di mana bass menjadi kurang berkuasa. Sila ambil perhatian bahawa ia hanya berfungsi dengan fail audio yang disimpan di dalam telefon pintar anda sahaja. Jadi anda tidak akan dapat menggunakannya pada perkhidmatan seperti Prime Video, Spotify atau YouTube. Dan aplikasi ini hanya untuk iOS dan Android sahaja, tidak tersedia untuk Windows atau MacOS jadi anda tidak boleh menggunakannya dengan komputer anda.

Ini amat malang kerana tidak ramai yang mempunyai fail audio atau video di telefon mereka berbanding komputer jadi tidak ramai yang betul-betul memperoleh faedah dari teknologi ini.

Kualiti bunyi

Selain keselesaan, kualiti audio adalah pertimbangan penting apabila memilih fon kepala. Dan boleh saya katakan bunyi pada Zen Hybrid ini sangat bagus, dan teknologi Super X-Fi menyerlahkan lagi bunyinya. Bunyi yang dihasilkan amat jelas dan terperinci untuk semua frekuensi. Bunyi untuk nada tinggi juga jelas dan tidak nyaring sehingga menyakitkan telinga. Kali terakhir saya merasa pengalaman bunyi fon kepala seperti ini adalah ketika memakai fon kepala Bowers & Wilkins P7 yang bernilai tiga kali ganda dari Zen Hybrid.

Walaupun begitu, saya juga mendapati bahawa kadar kelantangan untuk Zen Hybrid agak perlahan bila disambung melalui bluetooth walaupun tahap kelantangan sudah mencapai 70%. Walaupun mungkin ianya berniat baik untuk melindungi pendengaran anda tetapi apabila terpaksa menaikkan tahap kelantangan untuk menikmati bunyinya akan menyebabkan hayat bateri lebih singkat.

Mujurlah Creative Zen Hybrid mempunyai port bicu 3.5 mm, yang membolehkan anda menikmati kualiti audio yang terbaik dengan bunyi yang lebih jelas pada kelantangan yang lebih rendah. Walaupun menggunakan fon kepala Zen Hybrid secara tanpa wayar lebih mudah, tapi saya lebih suka bunyi yang dihasilkan apabila disambungkan dengan wayar. Ketika menyambungkan dengan wayar, fon kepala ini akan dimatikan jadi anda tidak boleh menggunakan ANC dan juga mikrofon. Tetapi walaupun tanpa ANC, dengan pembatalan hingar pasif melalui pad telinganya, ia sedikit sebanyak menghalang bunyi dari luar.

Akhir sekali, butang ANC yang dinyatakan sebelum ini membolehkan anda mengaktifkan atau menyahaktifkan pembatalan hingar aktif. Apabila diaktifkan, empat mikrofon ANC (Hybrid Active Noise Cancellation) khusus boleh menghapuskan sehingga 95 peratus bunyi sekeliling. Apabila dinyahaktifkan, mod ambien mengambil alih dan membenarkan bunyi dari luar untuk menjadikan pengguna lebih sedar tentang persekitaran mereka. Mod ini amat diperlukan dalam sesetengah situasi, terutamanya apabila mendengar muzik di jalan yang sibuk.

Kualiti mikrofon

Walaupun pada hakikatnya Creative Zen Hybrid bukanlah set alat dengar permainan, ia mempunyai mikrofon yang boleh menangkap suara anda walaupun di dalam persekitaran yang bising. Apabila anda melakukan panggilan dengannya, orang yang dipanggil dapat mendengar dengan jelas percakapan anda tambahan pula apabila digabungkan dengan ANC yang diaktifkan.

Hayat bateri

Fon kepala tanpa wayar seperti mana peranti tanpa wayar yang lain perlu dicas semula dari semasa ke semasa. Zen Hybrid mempunyai jangka hayat bateri yang agak baik di mana ia bertahan selama 27 jam dengan fungsi ANC diaktifkan. Dan jika anda mematikan fungsi ANC, ia akan dapat bertahan sehingga 37 jam. Dan, seperti yang dinyatakan di atas, anda tidak perlu risau apabila fon kepala ini kehabisan bateri kerana anda dapat menyambungkannya menggunakan bicu 3.5mm yang bagi saya menghasilkan bunyi yang lebih baik.

Kesimpulan

Zen Hybrid ialah fon kepala yang amat sesuai untuk mereka yang sentiasa dalam perjalanan. Ini adalah kerana saiznya yang kecil dan keupayaan untuk dilipat menjadikannya lebih kompak membolehkan ia senang untuk dibawa. Pembatalan hingar aktif yang sangat berkesan juga membolehkan anda menikmati muzik walaupun di dalam suasana yang bising seperti di dalam pengangkutan awam. Akhir sekali, kualiti bunyi kekal cemerlang, membolehkan anda mendengar muzik kegemaran anda dalam keadaan yang terbaik.

Review Overview
7.8
Rekabentuk 7 daripada 10
Keselesaan 7 daripada 10
Penyambungan 8 daripada 10
Bunyi 8 daripada 10
Hayat Bateri 9 daripada 10
Kelebihan Kualiti bunyi yang baik dan ANC Reka bentuk boleh dilipat untuk penyimpanan Pilihan mendengar berwayar Penalaan yang seimbang Hayat bateri yang sangat baik
Kekurangan SXFI hanya berfungsi untuk fail tempatan Bunyi bass yang agak lemah
Ringkasan
Zen Hybrid ialah fon kepala yang amat sesuai untuk mereka yang sentiasa dalam perjalanan. Ini adalah kerana saiznya yang kecil dan keupayaan untuk dilipat menjadikannya lebih kompak membolehkan ia senang untuk dibawa
Beli di Creative Technology
TOPIK Creative, Zen Hybrid
Samsul Zamzuri Julai 31, 2022
Kongsi
Tinggalkan komen

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular di Ehgajet

iOS 16: Apa yang kita tahu setakat ini

iOS 16: Apa yang kita tahu setakat ini

20 jenama komputer riba terbaik di Malaysia 2022

20 jenama komputer riba terbaik di Malaysia 2022

10 tablet murah terbaik di Malaysia 2022

10 tablet murah terbaik di Malaysia 2022

iPhone 14: Berita, khabar angin, kebocoran, harga dan tarikh keluaran

iPhone 14: Berita, khabar angin, kebocoran, harga dan tarikh keluaran

Tentang

Seksyen

Gajet

Jenama

  • Hubungi Kami
  • Polisi Privasi
  • Glosari
Menu
  • Hubungi Kami
  • Polisi Privasi
  • Glosari
  • Berita
  • Panduan
  • Senarai Terbaik
  • Ulasan
Menu
  • Berita
  • Panduan
  • Senarai Terbaik
  • Ulasan
  • Telefon Pintar
  • Tablet
  • Monitor
Menu
  • Telefon Pintar
  • Tablet
  • Monitor
  • Apple
  • Samsung
  • Microsoft
  • Google
Menu
  • Apple
  • Samsung
  • Microsoft
  • Google
Ikut kami

© Ehgajet. Blog Gajet dan Teknologi

Removed from reading list

Undo
Selamat Datang Kembali!

Log masuk ke akaun anda

Daftar Lupa kata kunci?