By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Terima
Ehgajet
  • Gajet
    • iPhone
    • Jam Tangan Pintar
    • Komputer Riba
    • Monitor
    • Telefon Pintar
    • Tablet
  • Jenama
    • Apple
    • Google
    • HONOR
    • Intel
    • Microsoft
    • Samsung
    • Xiaomi
  • Permainan
  • Teknologi
    • Android
    • iOS
    • Media Sosial
    • Kenderaan Elektrik
Membaca Selepas M1, misteri silikon Apple yang seterusnya masih kekal
Kongsi
Notifikasi Tunjukkan lagi
Artikel Terkini
vivo V25 dilancarkan secara rasmi di Malaysia
vivo V25 dilancarkan secara rasmi di Malaysia
Telefon Pintar Berita
ZTE Blade A72 5G akan tiba di Malaysia dengan harga RM 849
ZTE Blade A72 5G akan tiba di Malaysia dengan harga RM 849
Telefon Pintar Berita
Razer DeathAdder V3 Pro kini dijual secara rasmi pada harga RM749
Razer DeathAdder V3 Pro kini dijual secara rasmi pada harga RM749
Aksesori Berita Tetikus
vivo Y35 kini dijual di Malaysia dengan harga RM 1,099
vivo Y35 kini dijual di Malaysia dengan harga RM 1,099
Telefon Pintar Berita
Hisense melancarkan siri TV pintar A6100H 4K
Hisense melancarkan siri TV pintar A6100H 4K
TV Pintar Berita
Aa
Ehgajet
Aa
Cari
  • Gajet
    • iPhone
    • Jam Tangan Pintar
    • Komputer Riba
    • Monitor
    • Telefon Pintar
    • Tablet
  • Jenama
    • Apple
    • Google
    • HONOR
    • Intel
    • Microsoft
    • Samsung
    • Xiaomi
  • Permainan
  • Teknologi
    • Android
    • iOS
    • Media Sosial
    • Kenderaan Elektrik
© Ehgajet. Blog Gajet dan Teknologi

Ehgajet | Artikel | Selepas M1, misteri silikon Apple yang seterusnya masih kekal

Selepas M1, misteri silikon Apple yang seterusnya masih kekal

Pemproses M2 akan menandakan peringkat seterusnya dalam peralihan. Tetapi apa yang akan dibawanya?

Last updated: 5 April 2022
Artikel 116 KaliDilihat
Kongsi
10 Min Bacaan
Selepas M1, misteri silikon Apple yang seterusnya masih kekal
Kongsi

Pelancaran Mac Studio merupakan detik besar untuk silikon Apple. Selepas bertahun-tahun penyediaan, pelancaran itu menandakan peristiwa penting dalam perjalanan Mac. Pengisytiharan eksekutif Apple John Ternus bahawa keluarga cip M1 telah lengkap menandakan berakhirnya kitaran produk silikon Apple yang pertama.

Isi Kandungan
Misteri silikon Apple terbongkarJadi apa seterusnya?Apa yang kita tidak tahu

Tetapi roda terus berputar. Kitaran pertama menjawab banyak soalan yang kita tertanya-tanya kurang daripada dua tahun lalu, tetapi masih banyak lagi persoalan kerana ini hanyalah penghujung kepada sebuah permulaan.

Misteri silikon Apple terbongkar

Sebelum peralihan silikon Apple diumumkan pada Jun 2020, terdapat begitu banyak persoalan tentang cara ia berfungsi. Ramai daripada kita mempunyai kebimbangan bahawa pemproses Apple, yang direka untuk iPhone dan kemudian dipertingkatkan untuk iPad, tidak akan dapat mengendalikan keperluan pengguna Mac, atau sekurang-kurangnya pengguna Mac peringkat pro.

Pada awal 2020 para penganalisis telah meramalkan bahawa Apple akan mengalihkan produk Macnya daripada Intel kepada pemproses yang dibina Apple sekarang tetapi tidak dapat meramalkan perkara yang sama untuk Mac pro. Namun setelah Apple melancarkan cip M1 Pro, M1 Max, dan M1 Ultra yang mendapat tepukan dan menggembirakan peminat Mac di mana-mana sahaja, masih tiada berita tentang Mac Pro yang menggunakan silikon Apple.

Selepas M1, misteri silikon Apple yang menarik ini masih kekal
Apabila Apple mengumumkan pada 2020 bahawa Mac akan menggunakan silikon Apple, ia membuka soalan yang telah dijawab, tetapi masih banyak lagi.

Aspek yang paling menakjubkan dalam kitaran pertama silikon Apple ini pada Mac ialah semua kebimbangan mengenai keupayaan Apple untuk mendapatkan prestasi Mac peringkat profesional daripada seni bina cipnya telah lenyap. Apabila M1 Mac tiba pada penghujung tahun 2020, prestasinya sangat mengagumkan sehingga keraguan tentang cip kelas atas mula hilang. Dan ketibaan MacBook Pro pada penghujung tahun 2021 baru menambahkan lagi keyakinan itu. Era M1 telah melebihi semua jangkaan.

Jadi apa seterusnya?

Walaupun kita mempunyai idea yang lebih baik tentang strategi pemproses Mac Apple sekarang berbanding dua tahun lalu, adalah sangat sukar untuk meramalkan arah aliran dari satu titik data. Kita boleh mengandaikan kebanyakan generasi M2 akan kelihatan serupa dengan M1, tetapi mungkin terdapat juga perbezaan.

Apple sudah pasti akan berusaha untuk meningkatkan prestasi dan kefungsian silikon akan datang untuk peranti golongan profesional dan juga pengguna biasa. Dan misteri untuk silikon Apple yang manakah yang akan digunakan Mac Pro menambahkan lagi persoalan.

M1 mengejutkan kita semua dengan keseimbangan kelajuan dan kecekapannya. Kita tidak akan dapat melihat peningkatan yang ketara dari peralihan M1 ke M2 seperti peralihan dari pemproses Intel ke silikon Apple. Jika peningkatan pemproses A14 ke A15 memberi sebarang pentunjuk, kita jangkakan hanya 10 ke 15 peratus peningkatan kelajuan untuk setiap teras.

Apa yang Apple tidak akan lakukan dalam M2, sekurang-kurangnya menurut Mark Gurman dari Bloomberg, adalah meningkatkan bilangan teras pemprosesan yang ditawarkan oleh cip model asas. Komputer riba Mac yang paling murah iaitu MacBook Air yang dilancarkan 3 tahun lalu menggunakan cip M1 yang mempunyai lapan teras CPU, dan kini kita mahukan lebih lagi. Kita mungkin sudah lupa berapa banyak komputer riba peringkat permulaan yang ditawarkan syarikat lain mempunyai lapan teras CPU.

Laporan Gurman mencadangkan bahawa Apple akan meningkatkan bilangan maksimum teras GPU dalam M2 kepada 10, memberikan rangsangan grafik yang lebih besar. Bagi saya, persoalan besar bukanlah tentang kelajuan M2. Ia mengenai sejauh mana cip baharu itu menangani batasan M1. Mac dengan pemproses M1 model asas dihadkan kepada 16GB RAM dan dua port Thunderbolt. Mac dengan pemproses M1 tersebut juga mempunyai sokongan terhad untuk paparan luaran, iaitu hanya satu paparan luaran berfungsi dengan baik.

Cip M2 Pro dan Max yang diperkenalkan dengan MacBook Pro mungkin akan menjadi lebih berkuasa daripada M1 Pro dan M1 Max. Laporan Gurman mencadangkan Apple akan menambah dua teras CPU, untuk maksimum pada 12, manakala teras GPU akan kekal. M2 Ultra, yang diperbuat daripada dua cip M2 Max, akan mendapat penambahan empat teras, dengan jumlah keseluruhan 24.

Selepas M1, misteri silikon Apple yang seterusnya masih kekal
Sejarah prestasi Apple dengan cip A-siri untuk iPhone boleh memberikan gambaran tentang berapa banyak peningkatan prestasi yang boleh kita lihat antara generasi siri M.

Dan berbalik kepada cip yang akan digunakan untuk Mac Pro. Laporan Gurman mencadangkan bahawa Apple akan menawarkan pelbagai cip baharu yang menggabungkan empat cip M2 Max menjadi “M2 Extreme”, dan ia akan mempunyai sehingga 48 teras CPU dan 128 teras GPU.

Misterinya ialah bagaimana Mac silikon Apple boleh ditingkatkan secara dalaman. Sebahagian daripada rahsia silikon Apple adalah menyepadukan kedua-dua grafik dan memori ke dalam pakej pemproses, menjadikannya satu cip besar pemproses dan memori. Terdapat beberapa cadangan bahawa Apple mungkin membenarkan jumlah RAM yang melampau pada Mac Pro masa hadapan dengan menganggap memori pada cip sebagai cache berkelajuan tinggi, menyokong sejumlah besar RAM pada slot memori yang lebih konvensional (tetapi lebih perlahan). Dan mungkin Apple akan menawarkan kad pengembangannya sendiri dengan lebih banyak teras GPU rekaan Apple.

Perkara-perkara yang diramalkan di atas mungkin akan menjadi realiti. Tetapi inilah perkara yang anda perlu tahu: Prestasi Mac Studio sedia ada sangat baik terutamanya dengan versi M1 Ultra, sehingga permintaan untuk Mac Pro hanya mewakili sebahagian kecil pengguna Mac di luar sana. Pengguna tersebut penting, dan keperluan mereka benar-benar melampau. Saya membayangkan bahawa Apple telah menghabiskan banyak masa bercakap dengan ramai pengguna tersebut dan memikirkan bagaimana model silikon Applenya boleh diubah suai untuk memberi mereka apa yang mereka perlukan.

Perkara yang mungkin akan kita lihat dalam Mac Pro itu ialah beberapa pendekatan luar biasa yang akan memakan belanja yang sangat mahal, tetapi akan direka bentuk untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna yang lebih mementingkan prestasi daripada harga. Harga permulaan untuk Mac Pro semasa ialah RM25,999 dan bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika model baharu bermula pada harga yang sama. Anggaplah ia sebagai Mac Studio dengan beberapa ribu tambahan untuk prestasi yang lebih hebat. Tetapi pelanggan Mac Pro yang penting tidak akan membeli model paling murah. Mereka akan memaksimumkan perkakasan untuk Mac Pro tersebut dan sanggup membayar berapa sahaja harga yang perlu.

Dan bagi kita pengguna biasa, cukuplah dengan Mac Studio ataupun mungkin kita boleh berharap Apple akan keluarkan juga iMac Pro.

Apa yang kita tidak tahu

Masih terdapat banyak faktor dalam proses pembangunan silikon Apple yang kita tidak akan dapat ketahui sehingga kitaran M2 selesai. Yang paling penting ialah berapa kerapkah Mac akan dikemas kini. Semasa era Intel, Apple tidak boleh membuat keputusan sendiri bila ia boleh mengemas kini model Mac kerana ia bergantung kepada bila Intel mengeluarkan cip yang baharu yang Apple perlukan untuk model tertentu.

Kini Apple dapat melakukan sendiri semuanya dan tiada siapa yang perlu dipersalahkan selain dirinya sendiri atas sebarang kelewatan. Menurut Gurman dari Bloomberg, setiap model Mac akan dikemas kini dengan pemproses M2 menjelang akhir tahun 2023. Memandangkan Mac M2 pertama berkemungkinan akan keluar pada pertengahan 2022, itu menunjukkan Apple sedang mempertimbangkan kitaran peningkatan selama 18 bulan. Ini adalah kitaran peningkatan yang lebih baik jika dibandingkan dengan kitaran naik taraf yang lembap semasa era Intel.

Selepas M1, misteri silikon Apple yang seterusnya masih kekal
Jika Apple memutuskan untuk meletakkan Macnya pada kitaran kemas kini 18 bulan, kita boleh melihat Mac berasaskan M1 baharu seperti MacBook Air dinaik taraf kepada M2 tahun ini.

Walaupun menggunakan kitaran 18 bulan adalah sesuatu yang munasabah, ia membawa satu lagi persoalan. Apakah falsafah yang akan diikuti oleh Apple mengenai cara pemproses siri M berkaitan dengan siri A yang digunakannya dalam iPhone? Kitaran cip A-siri Apple sepadan dengan keluaran iPhonenya; terdapat cip A-siri baharu setiap 12 bulan. Cip M2 berkemungkinan berdasarkan pemproses A15 yang diperkenalkan dalam iPhone pada hujung tahun lepas.

Apakah rupa hubungan itu dari semasa ke semasa? Adakah pemproses Mac sentiasa mengekori pemproses iPhone, melangkau generasi sekali-sekala untuk mengejar? Adakah iPhone kekal sebagai asas dari mana semua pemproses Apple lain muncul, atau adakah siri M akan menjadi cipnya yang tersendiri sehingga mustahil untuk mengatakan sama ada M3 adalah berdasarkan A16 atau A17?

Kami tidak tahu dan tidak akan tahu buat sementara waktu. Tetapi sekarang satu pusingan untuk silikon Apple telah selesai dan kita mula melihat garis besar visi Apple untuk masa depan Mac. Dalam beberapa bulan, pusingan baru akan bermula dengan ketibaan Mac M2 yang pertama.

.

TOPIK Apple, M1, M2
SUMBER Myke Hurley, Bloomberg, Apple
MELALUI Macworld
Samsul Zamzuri April 5, 2022
Kongsi
Tinggalkan komen

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular di Ehgajet

iOS 16: Apa yang kita tahu setakat ini

iOS 16: Apa yang kita tahu setakat ini

20 jenama komputer riba terbaik di Malaysia 2022

20 jenama komputer riba terbaik di Malaysia 2022

10 tablet murah terbaik di Malaysia 2022

10 tablet murah terbaik di Malaysia 2022

iPhone 14: Berita, khabar angin, kebocoran, harga dan tarikh keluaran

iPhone 14: Berita, khabar angin, kebocoran, harga dan tarikh keluaran

Tentang

Seksyen

Gajet

Jenama

  • Hubungi Kami
  • Polisi Privasi
  • Glosari
Menu
  • Hubungi Kami
  • Polisi Privasi
  • Glosari
  • Berita
  • Panduan
  • Senarai Terbaik
  • Ulasan
Menu
  • Berita
  • Panduan
  • Senarai Terbaik
  • Ulasan
  • Telefon Pintar
  • Tablet
  • Monitor
Menu
  • Telefon Pintar
  • Tablet
  • Monitor
  • Apple
  • Samsung
  • Microsoft
  • Google
Menu
  • Apple
  • Samsung
  • Microsoft
  • Google
Ikut kami

© Ehgajet. Blog Gajet dan Teknologi

Removed from reading list

Undo
Selamat Datang Kembali!

Log masuk ke akaun anda

Daftar Lupa kata kunci?