By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Terima
Ehgajet
  • Gajet
    • iPhone
    • Jam Tangan Pintar
    • Komputer Riba
    • Monitor
    • Telefon Pintar
    • Tablet
  • Jenama
    • Apple
    • Google
    • HONOR
    • Intel
    • Microsoft
    • Samsung
    • Xiaomi
  • Permainan
  • Teknologi
    • Android
    • iOS
    • Media Sosial
    • Kenderaan Elektrik
Membaca Lupakan MacBook Pro baharu, Apple ada sesuatu yang lebih baik
Kongsi
Notifikasi Tunjukkan lagi
Artikel Terkini
vivo V25 dilancarkan secara rasmi di Malaysia
vivo V25 dilancarkan secara rasmi di Malaysia
Telefon Pintar Berita
ZTE Blade A72 5G akan tiba di Malaysia dengan harga RM 849
ZTE Blade A72 5G akan tiba di Malaysia dengan harga RM 849
Telefon Pintar Berita
Razer DeathAdder V3 Pro kini dijual secara rasmi pada harga RM749
Razer DeathAdder V3 Pro kini dijual secara rasmi pada harga RM749
Aksesori Berita Tetikus
vivo Y35 kini dijual di Malaysia dengan harga RM 1,099
vivo Y35 kini dijual di Malaysia dengan harga RM 1,099
Telefon Pintar Berita
Hisense melancarkan siri TV pintar A6100H 4K
Hisense melancarkan siri TV pintar A6100H 4K
TV Pintar Berita
Aa
Ehgajet
Aa
Cari
  • Gajet
    • iPhone
    • Jam Tangan Pintar
    • Komputer Riba
    • Monitor
    • Telefon Pintar
    • Tablet
  • Jenama
    • Apple
    • Google
    • HONOR
    • Intel
    • Microsoft
    • Samsung
    • Xiaomi
  • Permainan
  • Teknologi
    • Android
    • iOS
    • Media Sosial
    • Kenderaan Elektrik
© Ehgajet. Blog Gajet dan Teknologi

Ehgajet | Berita | Lupakan MacBook Pro baharu, Apple ada sesuatu yang lebih baik

Lupakan MacBook Pro baharu, Apple ada sesuatu yang lebih baik

Last updated: 27 Mac 2022
Berita 152 KaliDilihat
Kongsi
5 Min Bacaan
Lupakan MacBook Pro baharu, Apple ada sesuatu yang lebih baik
Kongsi

Dari segi penanda aras, mungkin komputer riba lain sudah semakin hampir dengan MacBook Pro, namun komputer riba Mac masih menjadi idaman pengguna. Walaupun begitu, peminat MacBook Pro harus menahan nafsu mereka sekurang-kurangnya hingga akhir tahun ini kerana sesuatu yang lebih baik akan dikeluarkan.

Lupakan MacBook Pro baharu, Apple ada sesuatu yang lebih baik

Dengan tiada pengumuman MacBook baharu bulan ini seperti jangkaan ramai, pilihan terbaik yang ada sekarang ialah komputer riba MacBook Pro 14-inci atau 16-inci yang dikeluarkan lewat 2021. Ini adalah rekabentuk MacBook terbaharu yang ada di pasaran dan menawarkan tahap prestasi tertinggi.

Dan tahap prestasi tertinggi itulah yang sebenarnya menjadi sebahagian masalah untuk bakal pemilik komputer riba Mac. Memang tidak dinafikan yang prestasi MacBook Pro amat mengagumkan sama ada dalam penggunaan harian ataupun dari penanda aras yang dilakukan oleh laman-laman teknikal dan pengulas peranti tersebut. Ini adalah kerana, dengan kuasa yang tinggi kos untuk memilikinya juga tinggi.

Komputer riba MacBook Pro ini cukup mahal kerana ia disasarkan untuk golongan profesional. Dan jika golongan profesional sendiri mengatakan yang ia adalah mahal, apatah lagi bagi orang lain yang hanya memerlukan komputer riba untuk menjalan tugas harian yang biasa seperti melayari web, membalas email, menulis dokumen dan sebagainya. Memiliki MacBook Pro hanya untuk tujuan tersebut terasa berlebihan dari segi kos dan spesifikasi walaupun anda seorang yang berkemampuan untuk memilikinya.

Jadi apa pilihan yang kita ada? Yang pertama ialah MacBook Pro 13 inci yang juga memiliki prestasi yang baik dengan harganya rendah sedikit daripada MacBook Pro 14 inci dan 16 inci tetapi lebih mahal daripada MacBook Air. Sekali lagi, walaupun saiznya 13 inci ia masih disasarkan untuk golongan profesional. Perkataan “Pro” pada namanya dengan jelas memaklumkan kita perihal tersebut. Tetapi dengan harganya yang hanya kurang sedikit berbanding MacBook Pro 14 inci dan 16 inci dan ia dikeluarkan hampir 2 tahun dulu, lebih baik anda dapatkan MacBook Pro yang dikeluarkan pada penghujung tahun lepas jika memang anda perlukannya untuk kerja-kerja profesional. Jika anda tidak melakukan kerja-kerja profesional, MacBook Air sepatutnya sudah mencukupi.

Tetapi seperti mana MacBook Pro 13 inci, MacBook Air juga sudah berusia dua tahun dan reka bentuknya juga agak lama. Malah ia langsung tidak berbeza dengan komputer riba yang menggunakan pemproses Intel. Spesifikasinya juga lebih rendah terutamanya untuk paparan dan port penyambungan. Hanya Apple yang mempunyai jawapan kenapa mereka masih berdegil untuk menggunakan reka bentuk yang kuno untuk teknologi yang canggih seperti pemproses silikon M1. Walaupun reka bentuknya masih menarik hari ini berbanding komputer riba lain di pasaran tetapi kita sudah melihatnya lebih dari lima tahun jadi sudah tentu kita mengharapkan idea baru yang lebih segar dari Apple.

Melalui desas desus dalam dunia teknologi, Apple akan memberikan kita sesuatu yang baharu yang didambakan oleh ramai peminatnya selama ini. Khabar angin mengatakan yang Apple akan melancarkan MacBook Air baharu pada bulan Oktober ini yang sentiasa menjadi bulan pelancaran bagi komputer riba MacBook seperti mana mereka sentiasa melancarkan iPhone pada bulan September dan komputer peribadi seperti Mac Studio pada bulan Mac. Jadi bagi mereka yang mengharapkan Apple melancarkan MacBook Air baharu pada acara Peek Performance mungkin tidak melihat jadual pelancaran produk Apple sebelum ini di mana mereka selalunya akan melancarkan MacBook baharu selari dengan versi terbaru MacOS.

Dan untuk MacBook Air baharu yang akan diperkenalkan nanti, ia dijangka menjadi produk Mac yang akan menggunakan pemproses silikon generasi seterusnya iaitu M2. Dan ia juga akan datang dengan reka bentuk baharu dan mungkin juga nama baharu dengan saiz skrin yang lebih besar. Dengan pemproses M1 sudah berusia 2 tahun dan sudah matang tahun ini adalah tahun yang sesuai untuk memperkenalkan M2.

Jadi bagi anda yang bercadang untuk mendapatkan MacBook Pro, kami sarankan tunggu sehingga sekurangnya hujung tahun ini untuk melihat apa yang Apple akan lancarkan. Tetapi jika anda memerlukannya sekarang untuk kerja-kerja profesional anda, tiada siapa boleh menyekat anda malah anda tidak rugi sebenarnya kerana ia masih komputer riba yang terbaik dalam pasaran untuk golongan profesional.

TOPIK Apple, Komputer Riba, MacBook Pro
Samsul Zamzuri Mac 27, 2022
Kongsi
Tinggalkan komen

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular di Ehgajet

iOS 16: Apa yang kita tahu setakat ini

iOS 16: Apa yang kita tahu setakat ini

20 jenama komputer riba terbaik di Malaysia 2022

20 jenama komputer riba terbaik di Malaysia 2022

10 tablet murah terbaik di Malaysia 2022

10 tablet murah terbaik di Malaysia 2022

iPhone 14: Berita, khabar angin, kebocoran, harga dan tarikh keluaran

iPhone 14: Berita, khabar angin, kebocoran, harga dan tarikh keluaran

Tentang

Seksyen

Gajet

Jenama

  • Hubungi Kami
  • Polisi Privasi
  • Glosari
Menu
  • Hubungi Kami
  • Polisi Privasi
  • Glosari
  • Berita
  • Panduan
  • Senarai Terbaik
  • Ulasan
Menu
  • Berita
  • Panduan
  • Senarai Terbaik
  • Ulasan
  • Telefon Pintar
  • Tablet
  • Monitor
Menu
  • Telefon Pintar
  • Tablet
  • Monitor
  • Apple
  • Samsung
  • Microsoft
  • Google
Menu
  • Apple
  • Samsung
  • Microsoft
  • Google
Ikut kami

© Ehgajet. Blog Gajet dan Teknologi

Removed from reading list

Undo
Selamat Datang Kembali!

Log masuk ke akaun anda

Daftar Lupa kata kunci?