By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Terima
Ehgajet
  • Gajet
    • iPhone
    • Jam Tangan Pintar
    • Komputer Riba
    • Monitor
    • Telefon Pintar
    • Tablet
  • Jenama
    • Apple
    • Google
    • HONOR
    • Intel
    • Microsoft
    • Samsung
    • Xiaomi
  • Permainan
  • Teknologi
    • Android
    • iOS
    • Media Sosial
    • Kenderaan Elektrik
Membaca Astro Fibre kini menawarkan khidmat jalur lebar tersendiri dengan kelajuan sehingga 800 Mbps dan teknologi WiFi 6 terkini
Kongsi
Notifikasi Tunjukkan lagi
Artikel Terkini
vivo V25 dilancarkan secara rasmi di Malaysia
vivo V25 dilancarkan secara rasmi di Malaysia
Telefon Pintar Berita
ZTE Blade A72 5G akan tiba di Malaysia dengan harga RM 849
ZTE Blade A72 5G akan tiba di Malaysia dengan harga RM 849
Telefon Pintar Berita
Razer DeathAdder V3 Pro kini dijual secara rasmi pada harga RM749
Razer DeathAdder V3 Pro kini dijual secara rasmi pada harga RM749
Aksesori Berita Tetikus
vivo Y35 kini dijual di Malaysia dengan harga RM 1,099
vivo Y35 kini dijual di Malaysia dengan harga RM 1,099
Telefon Pintar Berita
Hisense melancarkan siri TV pintar A6100H 4K
Hisense melancarkan siri TV pintar A6100H 4K
TV Pintar Berita
Aa
Ehgajet
Aa
Cari
  • Gajet
    • iPhone
    • Jam Tangan Pintar
    • Komputer Riba
    • Monitor
    • Telefon Pintar
    • Tablet
  • Jenama
    • Apple
    • Google
    • HONOR
    • Intel
    • Microsoft
    • Samsung
    • Xiaomi
  • Permainan
  • Teknologi
    • Android
    • iOS
    • Media Sosial
    • Kenderaan Elektrik
© Ehgajet. Blog Gajet dan Teknologi

Ehgajet | Teknologi | Astro Fibre kini menawarkan khidmat jalur lebar tersendiri dengan kelajuan sehingga 800 Mbps dan teknologi WiFi 6 terkini

Astro Fibre kini menawarkan khidmat jalur lebar tersendiri dengan kelajuan sehingga 800 Mbps dan teknologi WiFi 6 terkini

Nikmati kecanggihan teknologi WiFi 6 terkini dengan kelajuan dari 50Mbps hingga 800Mbps

Last updated: 6 Mei 2022
Teknologi Berita 17 KaliDilihat
Kongsi
4 Min Bacaan
Astro Fibre kini menawarkan khidmat jalur lebar tersendiri dengan kelajuan sehingga 800 Mbps dan teknologi WiFi 6 terkini
Kongsi

Astro telah melancarkan Astro Fibre, iaitu perkhidmatan jalur lebar gentian tersendiri yang bakal menjadikannya sebuah Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) penuh. Transformasi ini menyusuli pelancaran WiFi KENCANG, perkhidmatan jalur lebar gentian sulung Astro Fibre, yang disediakan bersama kandungan Astro dan Mesh WiFi, membawakan sambungan Internet dan hiburan di rumah serba lengkap untuk pelanggan. Kini Astro menggiatkan lagi usaha untuk membolehkan rakyat Malaysia, termasuk bukan pelanggan, menikmati pengalaman digital dan tawaran nilai terbaik menerusi perkhidmatan jalur lebar gentian secara tersendiri yang baharu daripada Astro Fibre. 

Astro Fibre kini menawarkan khidmat jalur lebar tersendiri dengan kelajuan sehingga 800 Mbps dan teknologi WiFi 6 terkini

Euan Smith, CEO TV dan COO Kumpulan Astro berkata, “Kami menawarkan pengalaman serba baharu daripada Astro untuk memberikan pelanggan apa yang dikehendaki mereka – semua hiburan kegemaran mereka termasuk Astro Originals, siaran langsung acara sukan, kandungan antarabangsa dan pelbagai perkhidmatan penstriman – semuanya di satu kaca TV besar, dan juga peranti peribadi jika itu yang dikehendaki mereka. Kami melanjutkan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan Jalur Lebar dan mendapati usaha ini semakin mendapat tempat di hati pengguna –angka pelanggan jalur lebar kami meningkat 58% secara tahunan sambil lebih ramai pelanggan menyedari nilai dan kemudahan jalur lebar digabungkan bersama kandungan Astro.” 

“Dengan perkhidmatan Astro Fibre secara tersendiri, portfolio produk kini lebih mantap untuk berkhidmat kepada pelanggan dengan pelbagai keperluan berbeza, sama ada digabungkan dengan kandungan Astro atau untuk perkhidmatan Internet semata-mata. Memanfaatkan kekuatan rangkaian HSBB luas daripada TM, Astro boleh melancarkan perkhidmatan dengan lebih pantas kepada semakin ramai penduduk Malaysia.”

“Dengan infrastruktur, teknologi dan kepakaran kami yang kukuh, kami berada pada kedudukan lebih baik untuk menyokong pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Malaysia untuk menyediakan liputan lebih luas dan pengalaman jalur lebar lebih baik bagi rakyat Malaysia, sekali gus memainkan peranan proaktif untuk merapatkan jurang digital negara. Keutamaan kami ialah untuk menyediakan pengalaman jalur lebar lebih menarik menerusi kemudahan Internet yang boleh dipercayai dan mampu milik di seluruh rumah, supaya semua penghuni boleh menikmati Internet yang pantas dan stabil.” 

Mesh Sedia Terbina 

Dengan berbilang alat yang terhubung dalam satu isi rumah, kadangkala router biasa kurang keupayaan untuk meliputi jarak yang lebih jauh, menyebabkan wujud titik buta atau dead spots di dalam sesebuah rumah. Untuk memastikan ini tidak berlaku, Astro Fibre dilengkapi dengan agen mesh sedia terbina yang diperlukan untuk memberikan tahap kebolehpercayaan lebih tinggi dan kelajuan Internet lebih pantas di seluruh rumah. Memastikan pelan cukup termampu untuk memenuhi keperluan berbeza, pelanggan mempunyai pilihan untuk menambah Mesh WiFi daripada serendah RM10 sebulan. 

Astro Fibre menawarkan khidmat jalur lebar tersendiri

Untuk merapatkan lagi jurang sambungan Internet, semua pelan Astro Fibre akan menggunakan router dengan keupayaan WiFi 6 untuk menjamin prestasi gerbang kediaman (RGW) yang mantap dan juga pengalaman pengguna lebih baik untuk memenuhi keperluan rangkaian pelanggan yang semakin hari semakin bertambah. Di samping itu, pelanggan tidak perlu bimbang tentang masalah umum seperti liputan lemah dan terhad, titik buta Internet dan kelajuan tidak konsisten, kerana pakar pemasangan Astro akan menjalankan penilaian berasaskan titik hangat WiFi bagi setiap rumah semasa pemasangan. 

Pelan Astro Fibre menawarkan jalur lebar kelajuan tinggi paling termampu di pasaran, dengan empat peringkat kelajuan. Pelan 50 Mbps ditawarkan pada harga RM99 sebulan manakala kelajuan 100 Mbps disediakan pada RM129 sebulan dengan 1 unit Mesh WiFi selama 24 bulan untuk kelajuan 100 MBps dan keatas, manakala sambungan 500 Mbps dan 800 Mbps masing-masing ditawarkan pada harga RM189 dan RM249 sebulan, harga paling termampu di pasaran. Pelanggan yang mahu kelajuan 2x lebih pantas atau akses kepada lebih daripada 85 saluran dan Mesh WiFi percuma boleh menambah RM1 sehari sebulan untuk menaik taraf pelan mereka kepada Astro Fibre 100 Mbps pada RM129 atau Pek Jimat Kencang RM129.99 yang termasuk, 50Mbps + Pek Primary.

TOPIK Astro
Samsul Zamzuri Mei 6, 2022
Kongsi
Tinggalkan komen

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular di Ehgajet

iOS 16: Apa yang kita tahu setakat ini

iOS 16: Apa yang kita tahu setakat ini

20 jenama komputer riba terbaik di Malaysia 2022

20 jenama komputer riba terbaik di Malaysia 2022

10 tablet murah terbaik di Malaysia 2022

10 tablet murah terbaik di Malaysia 2022

iPhone 14: Berita, khabar angin, kebocoran, harga dan tarikh keluaran

iPhone 14: Berita, khabar angin, kebocoran, harga dan tarikh keluaran

Tentang

Seksyen

Gajet

Jenama

  • Hubungi Kami
  • Polisi Privasi
  • Glosari
Menu
  • Hubungi Kami
  • Polisi Privasi
  • Glosari
  • Berita
  • Panduan
  • Senarai Terbaik
  • Ulasan
Menu
  • Berita
  • Panduan
  • Senarai Terbaik
  • Ulasan
  • Telefon Pintar
  • Tablet
  • Monitor
Menu
  • Telefon Pintar
  • Tablet
  • Monitor
  • Apple
  • Samsung
  • Microsoft
  • Google
Menu
  • Apple
  • Samsung
  • Microsoft
  • Google
Ikut kami

© Ehgajet. Blog Gajet dan Teknologi

Removed from reading list

Undo
Selamat Datang Kembali!

Log masuk ke akaun anda

Daftar Lupa kata kunci?